Assalamualaikum w.b.t.
Pada 30 Mac 2018(Sabtu), BADAR SMSS dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kursus Simulasi Haji Dan Umrah khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 (Zealous) dan Tingkatan 5 (Vigilant).Kursus ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada para pelajar untuk mengerjakan haji dan umrah secara praktikal.Selain itu, objektif program ini adalah sebagai persediaan para pelajar sebelum mengerjakan haji dan umrah di alam realiti serta mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. dengan menunaikan tuntutan Islam dalam Rukun Islam iaitu mengerjakan haji sekali seumur hidup.Alhamdullilah, kursus ini berjalan dengan lancar
sepanjang program ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan tamat sebelum Zohor.Diharapkan para pelajar dapat mengambil input yang penting sepanjang program tersebut serta dapat mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam silibus KBSM Tingkatan 4 & 5.
Untuk lihat video penuh simulasi tersebut, klik di sini.
Untuk lihat video penuh simulasi tersebut, klik di sini.
Care your faith,
Admin Blog BADAR SMSS 2018
Comments
Post a Comment